Kelas Percuma Akan Datang di Malaysia
Topik: Pengenalan kepada Dagangan Forex: Menjadi Seorang Pedagang
2017 - 20:30 - 22:30 (Waktu Malaysia)
Tempat: XM Educational Centre – Selangor
Pedagang akan dikenalkan kepada dagangan pertukaran matawang asing atas talian. Pengenalan umum kepada pasaran kewangan dan pedagang akan diberikan asas apa itu dagangan forex. Pedagang juga akan diperkenalkan kepada proses dagangan. Alatan yang akan digunakan pedagang dalam dalam dagangan harian akan dibincangkan dan pedagang akan diberikan gambaran mengenai proses dagangan.
Untuk pendaftaran kelas -> Klik Sini
Siapakah Zulle Razak?
Zulkifli Abdul Razak atau lebih dikenali sebagai Zulle Razak merupakan seorang pedagang sepenuh masa dengan pengalaman lebih dari 10 tahun dalam pasaran kewangan untuk dagangan forex, ekuiti dan lain-lain derivatif kewangan. Zulle merupakan pengasas Confluence Technique Academy yang memberikan program mentor kepada lebih 200 pedagang seantero Malaysia dan Brunei. Program mentor ini memberikan penekanan khusus pada 4 kemahiran dagangan yang utama; Analisis Fundamental, Analisis Teknikal, Pengurusan Risiko & Psikologi Dagangan di mana pedagang akan dibimbing dalam membentuk proses dagangan mereka yang tersendiri.
Pendidikan buat pedagang menjadi fokus utama beliau sejak 5 tahun ini di mana Zulle berganding bahu dengan pengurus dana dari United Kingdom dan Australia dalam beberapa program pembangunan pedagang. Di Malaysia, Zulle sering menyampaikan seminar, kelas dan program-program latihan. Zulle Razak memiliki Ijazah Sarjana Muda Psikologi dari Universiti Marquette, Milwaukee USA dan terlibat dalam dunia perniagaan selama hampir 20 tahun.
Terima Kasih,
Team XM.

0 comments:
Post a Comment